BID`AH DAN SYIRIK
Banyak sekali
noda-noda yang secara lahiriahnya nampak seperti taat kepada Allah tetapi pada
hakikatnya melanggar hukum dan norma-norma yang ditetapkan Allah
s.w.t. Tidakkah telah sedia maklum,bahawa orang-orang musyrikin itu
bertelanjang bulat waktu tawaf di Baitullah, baik lelaki mahupun perempuan
dengan alasan tidak layak di Baitullah berpakaian yang dipakai berbuat maksiat
kepada Allah.
Di antara sekian
banyak yang terjadi di kalangan orang awam ialah pergi ke kubur orang-orang
soleh untuk meminta sesuatu yang tidak patut dipinta kecuali kepada Allah
semata-mata. Perasaan kurang puas dalam berhubungan dengan Allah tanpa
wasilah (perantaraan), merupakan adat kebiasaan kaum Watsaniyah, penyembah
berhala. Alasan-alasan mereka itu seperti firmannya yang bermaksud:
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا
لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
“Kami tidak
menyembah berhala-berhala itu melainkan supaya mereka itu mendekatkan kami
kepada Allah”. (Az Zumar : 3)
Alasan ini pula
yang dipakai kaum jahiliah moden untuk membela pengunjung kubur untuk minta
sembuh, keberuntungan, kejayaan dalam pekerjaan serta mencari keluhuran dan
pertolongan. Beraneka macam khurafat mengelilingi masalah wali dan
kewalian. Sehingga lama-kelamaan ramai orang-orang yang beranggapan bahawa
nasib dunia berada di tangan para wali. Merekalah yang mengendalikan dunia
dengan sesuka hatinya. Orang-orang yang dianggapnya wali itu kekuasaannya
dapat melampaui hukum sebab akibat. Akibat dari itu, pandangan kaum muslimin
terhadap sunnatullah yang berhubungan dengan alam ini menjadi kacau bilau.
Mereka beranggapan bahawa sunnatullah akan tunduk kepada orang yang tekun
beribadah.
Selengkapnya silahkan Doenload Klik Pada Gambar.............
Published by: Selada Raya, Rachmat Machmud Flimban
